• 23 May 2024
  • Tutorial MT

Cara membuka urusniaga pertama anda dalam MT5. Tutorial FBS

Tahniah kerana telah berjaya mendaftarkan akaun anda di FBS! Dalam video ini, kami akan membimbing anda melalui proses membuka urusniaga pertama anda di MT5.

MetaTrader 5, atau MT5, adalah versi lanjutan platform MetaTrader yang popular, yang direka untuk perdagangan Forex, CFD, niaga hadapan, dan banyak lagi. Ia menawarkan alatan carta yang telah ditambahbaik, keupayaan yang lebih meluas, dan kebolehsuaian yang lebih baik berbanding MT4. Walaupun panduan ini dibikin khusus untuk pengguna MT5, perlu diingat bahawa proses dan langkah-langkah yang digariskan juga terpakai untuk MT4 lantaran kemiripan antaramuka pengguna dan navigasi antara kedua-dua platform.

Tutorial Metatrader 5: Panduan Langkah Demi Langkah Untuk Membuka Urusniaga Trading Pertama Anda

Anda akan mendapati tutorial ini berguna kerana ia membantu anda mula trading dengan segera tanpa memerlukan sebarang aktiviti tambahan. Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan satu demi satu. Ikuti langkah-langkah ini, dan anda akan membuka urusniaga pertama anda dalam masa yang sangat singkat.

Langkah 1: Buka Akaun

Langkah pertama adalah membuka akaun di FBS. Jika anda sudah pun mempunyai akaun, skip langkah ini dan maju ke langkah seterusnya.

Jika belum, semak panduan kami tentang Cara Untuk Mula Berdagang Dalam Talian Dengan FBS.

Anda diberikan login dan kata laluan apabila anda membuka akaun trading di FBS. Kata laluan akan dipaparkan dalam tetingkap pop-up selepas anda membuka akaun perdagangan anda. Sila simpan maklumat ini dengan selamat untuk kegunaan pada masa hadapan. Jika anda terlupa untuk menyimpannya, jana kata laluan baru di laman peribadi anda di fbs.com.

Langkah 2: Buka MT5 Dan Log Masuk Ke Akaun Anda

Buka MT5. Tetingkap log masuk akan muncul. Isikan butiran log masuk. Pastikan anda berjaya tersambung ke pelayan:

  • Gugusan bar di sudut kanan-bawah mestilah berwarna hijau dan biru.

  • Anda mungkin perlu mencuba lebih daripada sekali untuk log masuk.

Jika percubaan pertama anda gagal, cari folder Navigator di bahagian kiri MT5 atau dalam menu “View”. Cari “Accounts” dan pilih “FBS-real.” Masukkan butiran anda dan pilih pelayan FBS-real. Klik OK, dan anda sudah bersedia untuk teruskan dengan langkah seterusnya.

Pada peranti mudah alih anda, buka MT5 dan klik pada butang “Manage accounts”. Tekan tambah (+), pilih FBS Inc sebagai broker, dan masukkan butiran akaun anda.

Langkah 3: Buka Urusniaga Trading Pertama Anda Dalam MetaTrader 5

Klik butang “New Order” atau tekan butang F9 pada PC Windows anda. Satu tetingkap baru akan muncul.

1.png

Kita akan menjual EURUSD – pasangan matawang yang paling popular. Tetapkan volum urusniaga anda. Volum diukur dalam sebutan lot. Satu lot EURUSD bersamaan dengan 100,000 matawang asas (euro).

Membuka satu lot penuh EURUSD hampir mustahil untuk pedagang baru yang tidak mempunyai 100,000 untuk didagangkan. Itulah sebabnya anda dibolehkan untuk berdagang dengan lot mikro dan mini. Satu lot mini bersamaan dengan 1/10 lot, dan satu lot mikro bersamaan dengan 1/100 lot.

Selain daripada itu, anda tidak perlu menyediakan sendiri semua wang ini – anda boleh meminjamnya dari broker anda. Baca lebih lanjut mengenai lot dan leveraj dalam artikel anda.

Klik “Sell by Market”.

Anda telah membuat pesanan trading Forex anda yang pertama! Aras harga di mana anda menjual pasangan ini telah muncul pada carta EURUSD. Tunggu sehingga urusniaga anda mencatatkan keuntungan yang anda mahu.

Langkah 4: Tutup Urusniaga Trading Forex Pertama Anda

Untuk menutup urusniaga trading anda, pergi ke tab “Trade” pada panel di bawah carta. Jika panel ini tidak kelihatan, acukan kursor tetikus anda pada menu “View” dan klik “Toolbox.”

2.png

Klik dua kali pada pesanan anda. Dalam tetingkap yang muncul, klik bar mendatar berwarna kuning.

Urusniaga anda kini sudah ditutup, dan keuntungan anda ditambah ke baki akaun anda!

Cara Menggunakan One-Click-Trading di MT5

Untuk menjadikan trading lebih mudah, MT5 menawarkan fungsi perdagangan satu klik.

Untuk mengaktifkannya, klik kanan pada carta dan pilih "One Click Trading." Butang "Sell" dan "Buy" akan muncul pada sudut kiri atas carta anda. Dengan satu klik, anda kini boleh trade dengan tangkas tanpa tetingkap pengesahan sekunder - satu penjimatan masa yang besar ketika kemeruapan sedang tinggi.

3.png

Itu sahaja! Inilah panduan langkah demi langkah anda untuk mula trading di MT5. Ingat, untuk mempelajari platform ini dan konsisten dalam perdagangan anda memang memerlukan sedikit masa. Teruskan meneroka dan menguasai pelbagai ciri yang berbeza, dan tidak lama lagi anda akan mengendalikan MetaTrader seperti seorang pro.

Semoga urusniaga anda sukses! Jangan lupa, jika anda memerlukan bantuan lanjut atau mempunyai soalan, pasukan khidmat pelanggan FBS sentiasa ada untuk anda. Jangan teragak-agak untuk melawat laman web kami atau meninggalkan komen di bawah. Selamat bertrading!

Kongsi kepada rakan-rakan: