• 4 Mar 2024
  • Cara untuk bermula

Lot, Poin, dan Leveraj

Ada banyak sekali konsep dalam trading, dan trader baru adakalanya berasa lemas. Kami telah siapkan satu panduan yang universal untuk takrifan konsep dan istilah penting dalam dunia trading serta aplikasinya agar anda boleh mendalami Forex dengan yakin.

Apakah itu lot dan saiznya?

Ini mudah sahaja. Lot hanyalah satu unit pukal untuk matawang. Untuk mengetahui saiz bagi satu lot, anda harus faham bahawa satu lot standard bersamaan dengan 100,000 unit matawang asas atau matawang akaun.

Selain daripada lot standard, ada lagi dua jenis saiz lot – lot mini dan lot mikro. Satu lot mini bersamaan dengan 10,000 unit, dan mikro pula bersamaan dengan 1,000 unit. Sebelum membuka urusniaga, anda mesti putuskan berapa banyak wang yang anda boleh gunakan.

01.png

Apabila anda membuka pesanan di MetaTrader, anda mesti memilih saiz atau volum urusniaga anda. 1.0 bermaksud satu lot standard. Saiz minimum urusniaga ialah 0.01 lot (iaitu satu lot mikro).

02.png

Istilah lain yang mungkin anda temui ialah "leveraj" dan "poin".

Apakah itu leveraj dalam trading?

Anda sudah tahu bahawa untuk trade satu lot EURUSD, anda memerlukan 100,000 euro. Ia suatu jumlah wang yang besar. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu menyediakan semua wang ini dari poket anda sendiri – anda boleh meminjamnya dari broker anda. Broker Forex menawarkan satu cara untuk anda meraih manfaat daripada Forex – leveraj.

Leveraj adalah modal yang dipinjam untuk pelaburan yang disediakan oleh broker. Ia membantu menggandakan pulangan daripada urusniaga. Untuk trade satu lot standard tanpa leveraj, anda perlu terlebih dahulu mendepositkan modal trading sebanyak 100,000 euro. Dengan leveraj 1:100, anda mesti menyediakan hanya 1% daripada saiz pesanan: anda boleh mendepositkan hanya 1000 euro, dan broker akan menampung selebihnya.

Urusniaga terkecil yang anda boleh lakukan adalah dengan volum sebesar 0.01 lot (1000 euro), jadi dengan leveraj 1:100, anda hanya memerlukan 10 euro. Dengan leveraj 1:1000, 1 euro sudah cukup untuk berurusniaga.

Saiz leveraj biasanya bergantung pada broker pilihan anda. Semak leveraj daripada FBS untuk mengetahui potensi anda.

Apakah itu poin dalam Forex?

Poin adalah istilah yang terkenal dalam dunia trading, dan anda mungkin pernah melihatnya dalam pelbagai artikel analisis.

Satu poin ialah perubahan terkecil yang boleh berlaku pada kadar tukaran bagi suatu pasangan matawang. Ia membantu trader mengira jumlah wang yang boleh beliau perolehi dalam suatu urusniaga.

Katakan kadar tukaran semasa USDJPY adalah 109.700. Tempat perpuluhan terakhir harga atau kadar tukaran adalah satu poin. Apabila harga USDJPY berubah daripada 109.700 kepada 109.850, ia adalah perubahan sebanyak 150 poin.

03.png

Anda harus melihat kadar tukaran pasangan ini untuk mengira nilai satu poin.

Cuba anda perhatikan proses pengiraan untuk satu lot standard USDJPY (volum = 1.0):

0.001 (satu poin dalam bentuk perpuluhan) / 110.80 (kadar tukaran) * 100 000 (satu lot standard) = $0.903 per poin

Jika anda trade satu lot mini (volum = 0.1), nilai satu poin untuk anda sudah berlainan pula:

0.001 (satu poin dalam bentuk perpuluhan) / 110.80 (kadar tukaran) * 10 000 (satu lot mini) = $ 0.0903 per poin

Untuk lot mikro, pengiraannya adalah seperti berikut:

0.001 (satu poin dalam bentuk perpuluhan) / 110.80 (kadar tukaran) * 1000 (satu lot mikro) = $ 0.00903 per poin

Mari kita kira nilai satu poin untuk EURUSD, di mana USD bukan matawang asas tetapi matawang sebutharga:

0.00001 (satu poin dalam bentuk perpuluhan) / 1 (kadar tukaran) * 100 000 (satu lot standard) = $1 per poin

Nilai poin secara lebih mudah

Pada kebanyakan masa, anda sebenarnya tidak perlu membuat pengiraan untuk menganggarkan nilai satu poin. Perhatikan bahawa sekiranya matawang akaun anda adalah USD, nilai poin adalah malar (fixed, tetap) dan tidak berubah apabila USD dituliskan sebagai matawang yang kedua dalam simbol suatu pasangan: $1 untuk satu lot standard, $0.1 untuk satu lot mini, dan $0.01 untuk satu lot mikro. Nilai-nilai poin ini terpakai untuk pasangan seperti EURUSD, GBPUSD, AUDUSD, dan NZDUSD. Jika USD bukan matawang yang kedua, anda mesti membahagikan nilai poin di atas dengan kadar tukaran USDXXX.

Sebagai contoh, untuk mendapatkan nilai poin bagi satu lot standard untuk USDCHF apabila anda trade dengan akaun USD, bahagikan $1 dengan kadar USDCHF. Jika kadar USDCHF ialah 0.9700, nilai satu poin bagi lot standard ialah $1.03, iaitu $1 dibahagikan dengan 0.9700.

Secara keseluruhannya, nilai poin adalah malar dalam apa jua matawang yang menjadi matawang akaun sekiranya matawang tersebut disenaraikan di tempat kedua dalam nama pasangan. Dalam erti kata lain, matawang kedua memberikan nilai poin.

Apakah hubungan antara lot, poin, dan leveraj?

Untuk mempraktikkan pengetahuan yang anda baru pelajari ini, anda perlu tahu bagaimana semua konsep ini berkaitan. Soalan yang paling penting bagi seorang trader adalah:

  1. Berapa banyak keuntungan yang akan mereka peroleh daripada suatu urusniaga dalam matawang akaun mereka?

  2. Berapa banyak wang yang mereka perlukan untuk membuka urusniaga dengan potensi keuntungan tersebut?

Untuk mengira hasil yang boleh diraih dengan memperdagangkan EURUSD menggunakan leveraj 1:100, gunakan maklumat berikut:

Bayangkan anda memperdagangkan pasangan EURUSD dengan saiz lot standard iaitu 100,000 unit. Anda mendepositkan $1000. Leveraj anda ialah 1:100. Anda membuka urusniaga beli pada harga 1.15000, harga pasangan ini kemudiannya naik, dan anda menutup urusniaga anda pada harga 1.15500. Ini bermakna anda meraih keuntungan sebanyak 500 poin.

  1. Urusniaga beli dibuka pada harga 1.15000 untuk EURUSD, dan saiz lot ialah 100,000.

  2. Satu mata ialah $1 kerana volum urusniaga anda ialah 1.0 (satu lot standard).

  3. Posisi (urusniaga) ditutup pada harga 1.15500. Oleh itu, anda telah mendapat 500 poin.

  4. 500 poin memberikan anda keuntungan $500.

Jika anda trade tanpa leveraj dan mendepositkan $1000 (iaitu anda membuka posisi sebesar 0.01 lot), 1 poin anda adalah 100 kali lebih kecil – $0.01 dan bukannya $1. Hasilnya, apabila anda trade dengan lot mikro, 500 poin akan membawakan untuk anda $5.

Dengan maklumat asas mengenai lot, poin, dan leveraj ini, anda boleh mula berlatih. Buka akaun dengan FBS dan mulakan sekarang!

Kongsi kepada rakan-rakan: