Apakah itu Gred IB?

Gred IB adalah tahap anda sebagai Rakaniaga. Sistem ini direka untuk membolehkan Rakaniaga meningkatkan jumlah komisen yang mereka hasilkan, serta menjadikan pengiraan lebih jelas dan mudah. 

Dengan sistem Gred, anda akan menerima bayaran untuk setiap dagangan yang dilaksanakan oleh pelanggan anda. Jumlah komisen adalah berdasarkan spread dan Pengganda Tahap (Level Multiplier) peribadi anda iaitu peratusan daripada spread yang anda terima sebagai komisen. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang perkara ini dalam artikel: Bagaimana komisen IB dikira?

Grend dan Pengganda Tahap anda bergantung pada purata komisen yang telah anda terima untuk tiga bulan yang terakhir. Ia semakin meningkat apabila jumlah komisen semakin tinggi. 

Anda boleh menyemak kemajuan semasa pada bila-bila masa di Laman Rakaniaga

1.bmp

Gred anda ditentukan oleh nilai bayaran (payout), yang dikira dengan cara berikut: 

Bayaran = Komisen Purata untuk tiga bulan terakhir + Bonus Pengalaman. 

Bonus Pengalaman adalah bonus yang ditambahkan untuk membantu kenaikan gred anda. Lebih banyak pengalaman yang anda ada sebagai IB di FBS, lebih besar bonus ini, dengan nilai maksimumnya 1000. 

Bonus ini bergantung pada amaun komisen yang diterima untuk tiga tahun terakhir sejak 01.01.2021. Ia dikira berdasarkan formula berikut: 

Bonus pengalaman = Total komisen untuk tiga tahun / 100

Bulan terakhir tidak ditambahkan kepada total amaun komisen. 

Anda harus maklum bahawa bonus tersebut bukanlah komisen tambahan. Ia hanya mempengaruhi pengiraan gred. 

Sebagai contoh, purata bulanan komisen anda adalah $936. Total komisen anda untuk tiga tahun terakhir adalah $30,000, menjadikan bonus pengalaman 30,000 / 100 = 300. Justeru, bayaran anda dikira = purata bulanan komisen + bonus pengalaman = 936 + 300 = 1236, iaitu Gred 4. 

Lebih tinggi purata komisen anda sepanjang tiga bulan yang terakhir dan Bonus Pengalaman anda, Gred anda akan menjadi lebih tinggi. Untuk menyemaknya, sila rujuk jadual berikut: 

Gred

Pengganda Tahap Komisen 

Syarat purata komisen

Gred 1

30%

$0 - $24.99

Gred 2

33%

$25 - $249.99

Gred 3

36%

$250 - $999.99

Gred 4

38%

$1000 - $2999.99

Gred 5

41%

$3000 - $9 999.99

Gred 6

43%

$10 000+

Kongsi kepada rakan-rakan anda: