Apa itu Rebat?

Rebat adalah bayaran balik sebahagian atau semua spread kepada pelanggan daripada rakaniaga yang menyertai Program Rakaniaga IB.

Rakaniaga boleh mendorong bakal pelanggan untuk mendaftar dengan akaun Rakaniaga (Partner) beliau dengan mengkongsikan sekian peratusan komisen yang diterima kepada pelanggan tersebut (rebat). Ia boleh dibayar kepada setiap referral secara berasingan atau kepada sekumpulan akaun secara serentak.

Rakaniaga IB menentukan sendiri jumlah peratusan komisen rakaniaga yang akan dikembalikan kepada pelanggan. Bayaran dibuat pada hari Isnin setiap minggu.

Anda boleh menguruskan tetapan Rebat anda di Laman Rakaniaga anda, dengan mengklik "Rebat" di menu sisi (side menu) atau dengan mengikuti pautan ini. 

Halaman tersebut memaparkan:

Baki - baki akaun rakaniaga yang tersedia untuk pengeluaran;
Komisen - jumlah total komisen terakru untuk minggu semasa
;Belum dibayar - jumlah semasa yang perlu dibayar untuk minggu semasa, dikira berdasarkan peratusan rebat yang ditetapkan dan perdagangan pelanggan. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai setiap poin, klik pada ikon Maklumat di sebelah tajuk. 

Cara menambah akaun untuk tetapan rebat: 

  1. Klik pada butang "Tetapkan" untuk membuka borang tetapan Rebat, yang direka untuk menetapkan % rebat bagi akaun-akaun pelanggan rakaniaga.

2. Masukkan nombor akaun pelanggan yang akan menerima rebat dan tetapkan peratusan bayaran.

3. Selepas rebat ditetapkan, di blok bawah kita akan melihat semua akaun yang menerima rebat dan sejarah pembayaran.

Kongsi kepada rakan-rakan anda: